Saturday, February 11, 2017

[ORANG NANGIS??] [PART 2]



Setelah tangan ku menggapai botol air tersebut , aku terdengar bunyi orang menangis. Aku cuba fikir positif, bahawa bunyi itu datangnya dari atas katil sebelah aku. "Selawat Hani, selawat".

Tak sempat selawat dan berfikir panjang, aku terus toleh belakang. Ingatkan nak tengok reaksi Yana. Dia dah keluar dulu. Sedih betul , dia dah keluar dulu. Cepat-cepat aku jalan ke depan tanpa toleh belakang dah.

Malam tu, aku tidur bilik Yana. Lena, macam biasa tanpa fikir apa apa.

Keesokannya...
"Hani, kau dengar tak ape yang aku dengar malam tadi?"
"Dengar, tapi malas nak cakap kat kau malam tadi sebab dah nampak kau keluar."

Dengan tekad dan semangat ingin tahu yang membuak-buak, aku tanya tuan empunya katil yang bersebelahan dengan tingkap tu.

"Wey, malam tadi kau dengar tak apa yang aku dengar?"
"Dengar ape?"
"Hmm...orang nangis?"
"Jangan tanya aku, aku pun dengar jugak."

JENG JENG JENG...

No comments:

Post a Comment