Thursday, February 16, 2017

[NAK KEREPEK?]

Disebabkan ini malam, tiba-tiba timbul satu cerita yang memang dah lama aku nak share. Cuma lupa je. Moga bermanfaat.

Akhir tahun 2016 merupakan hari yang aku tak boleh lupa. Yela, mana taknya kalau diberi peluang jalan-jalan dengan 'classmate' aku. Kerana ke'excited'an aku ni membuak-buak, aku cop untuk duduk dengan kawan aku sorang ni, Aina nama dia. Tapi dia tak suka orang panggil dia Aina. Panggil dia Hawa. Jangan tanya, aku pun tak tau kenapa.

Hawa ni, aku tak boleh describe dia panjang-panjang sebab aku pun tak rapat sangat dengan dia. Tapi, pada pandangan aku dia ni seorang yang lemah lembut, garang dan manja. Boleh la kamcing dengan dia. Selalu tolong aku buat Matematik. Muka dia je la yang selalu tolong selesaikan soalan Math aku. Memang selalu guna otak kiri dia je. Ceh, saja je aku nak mukaddimah panjang-panjang.

Ada satu hari tu, tak silap aku itu hari kedua kami di Melaka. Kerana perut dah memainkan lagu nasyid, aku dengan Hawa pun cari kedai makan. Kami memang suka jalan berdua dan buat hal sendiri, dia yang ajak. Sampai je satu kedai, kawan kelas aku yang lain pun ada di situ. Kami join la satu meja. Bezanya mereka yang sampai awal ni dah habis makan dah. Tinggal nak 'shopping' je.

Makanan pun dah sampai. Hawa tak pesan apa-apa. So, dengan baik hatinya, aku ajak dia share nasi goreng yang aku pesan tadi. Jimat sikit duit dia. Tengah sedap kami 'melantak' tiba-tiba datang seorang mak cik ni, bongkok. Sejujurnya, takut juga tengok lama-lama.

"Cu, nak kerepek?" tanya mak cik tu. Eh, sebenarnya nenek.
"Ade kerepek ape nek?" Hawa tanya, aku tunduk.
"Ade kerepek pisang, kentang , ubi......" gigih nenek tu sebut satu-satu. Aku still tunduk. Kononnya hormat.
"Takpe la nek.." Hawa tolak elok, aku pandang nenek tu dan senyum.
"Ala cu, tadi tanya?" gaya nenek tu memang nak suruh beli. Mungkin dia betul-betul susah dan perlukan duit.
"Hmm..saya nak ni la!" Hawa tunjuk kerepek pisang yang ada dalam beg plastic besar yang nenek tu bawa. Aku masih tunduk acah hormat.
"Nah, ni duitnya." aku pun tak ingat Hawa bagi berapa.
"Terima kasih ya, cu. Nenek doakan cu supaya berjaya." nenek gigih tadah tangan.
Aku masih tunduk. Jealous tengok Hawa dapat doa 'free' daripada nenek tu.
Nenek tu pun berlalu pergi.

"Hani, nak tau tak? bapak aku kan, suka beli banyak-banyak kalau jumpa orang yang macam nenek tadi tu. Kalau boleh bapak aku nak beli semua." tekun aku dengar dan Hawa sambung "selagi bapak aku mampu, dia akan beli semua. Tapi, dia beli yang kitorang makan la.." Hawa sambung lagi "kesian nenek tu."

"Ha'ah, kesian sangat.." itu je yang mampu lintas di mulut aku. "Ya Allah, kedekutnya diri aku ni." aku bermonolog dalam hati. Tersentuh aku dengan kata-kata Hawa. Dengan masa yang singkat ni je, aku dah nampak "the other side of Hawa". Pemurah betul. Kagum aku. Syukur sangat, Allah hantarkan dia untuk tarbiah aku. Hish, rasa nak je buat sujud syukur kat situ. Rasa malu pun ada disebabkan kesombongan aku yang acah-acah hormat tadi tu.


Tak sia-sia aku kawan dengan dia. Kawan dengan dia bukan dapat ilmu Math je, dapat juga tarbiah diri aku yang serba kekurangan ni. Sebagai balasan, dapatlah dia saham yang baik di akhirat. Awesome!








2 comments: